Monday, December 19, 2011

gua-gula

memang bagos sebab dari malam tadi sampai sekarang tak tido kan..? kelas? jangan cakap la, hari nie sampai ke malam..memang padan la muka! pikir la tak tentu pasal..dengan pakej kena marah sekali..memang padan muka la! pape pun aku bukan nak cerita pasal hal aku tak boleh tidur tapi aku nak cerita pasal GULA-GULA..

gula-gula nie neneng mariyanti yang bagi dekat semua budak-budak rumah termasuk aku bila dia sampai dari rumah petang semalam..disebabkan gula-gula nie sangat menarik perhatian..aku dah rembat dua..hohohoho..pada
hal semua orang dapat dua sebenarnya..satu besar dan satu kecik..aku ambik warna yang ada merah-merah semuanya..

rasa gula-gula tu best sangat! gelak2 je sebab gula-gula tu dah patah masa aku dapat..aku kan pandai sangat nak jadi senget nie pergi mintak gam dengan neneng mariyanti..hohoho..konon boleh la kan nak gam balik..senget! last sekali part yang dah patah tu aku kongsi dengan dua orang yang lain..suruh diaorang cuba sebenarnya apa rasa..tapi memang serius sedap gila!! gila pon tak sedap macam tu kan..? huhuhu..

apa-apa pun mariyanti adeq, terima kasih!! sayang awak..
^____^




nampak macam sedap kan..?? memang sedap pon!
lain-lain perisa semuanya..





yang nie gula2 aku..nampak tak patah tu?
yg tu la yang aku nak gam..tapi cik mariyanti marah..hahhahha..




**cik mariyanti, lagi sekali gmbr2 nie semua berlatar belakangkan apa..? hahhha..

Thursday, December 15, 2011

hadiah lagi..

hari nie 14 disember 2011 aku dapat lagi hadiah hari lahir dari kawan2 aku..ok, walaupun dah sebulan jugak la lepas tarikhnya tapi TERIMA KASIH dekat NENENG MARIYANTI, kakak MUNIRAH dan kakak NURATIQAH sebab bagi saya hadiah..

diaorang cerita sebenarnya hadiah tu dah di pos ke rumah aku tapi posmen tu hantar surat notis dekat kak tiqah bahawasanya barang tu tak dituntut..aku dah pelik sebab tak ada pulak posmen datang rumah..hehehe..tapi tak apa la..aku hargai sangat2 apa yang diaorang bagi..aku kan suka makan coklat jadi yang dapat pun coklat laa..oooyyeaaaaahhh!!! hehehhe..terima kasih kawan-kawan..sayang korang!! ^__^


nie gambar hadiah 2 :



sebelum bukak, yg penting ada juga merah dan pink dekat situ ok..huhuhu..




tadaaaa!! dah bukak pun..hehhehe..kita dapat coklat laa!! best3..
terima kasih awak, awak dan awak..!! ^___^



muka epy dapat coklat ^_____^ tapi sebelum boleh bukak hadiah nie..macam2 syarat aku dapat..sebagai contoh macam nie..jangan bukak selagi kakak bali tak balik(sebab kakak bali pun dapat jugak, jadi nak mengelakkan berlaku apa2 dapat la syarat2 nie semua)..jangan bukak sekarang tapi malam nie..kalau nak bukak jugak boleh tapi jangan post dekat blog dan kena simpan..tu la syarat2 yang patut aku dengar ok..hehehhe..bila dengar macam tu terus tak jadi bukak tengah hari tadi..telan air liur sekejap..huhuhu..

Tuesday, December 13, 2011

on!!

ok tajuk kali nie on kan? sebabnya aku dah on balik blog nie..sudah2 la 2 diam macam 2 je..sebenarnya mariyanti adeq agak bising sebab aku tak on blog nie..maaf!

ok kali nie punya post aku nak cakap..kalau rasa senang2 boleh la follow blog lagi satu nie..tapi aku cakap terus terang dekat sini..tolong jangan buat apa-apa cerita pasal apa yang jadi dalam blog 2..setiap orang ada hidup masing2 kan..jadi terima la apa yang ada dalam blog 2 tanpa ada unsur2 sakit hati, makan hati, cemburu dan seangkatan dengannya..aku hanya aku dan selama2nya akan jadi diri aku..dengan siapa aku berkawan dengan siapa yang aku nak rapat 2 hanyalah aku..tak salah untuk menegur tapi jangan dalam erti kata emosi dan adanya nada cemburu..maaf dengan kata2 nie..tapi tu adalah kenyataan..

ok, sekian terima kasih!
nie link blog 2..
www.miyooko-miyooko.blogspot.com

Friday, December 9, 2011

no more..

kali nie punya post mmg aku dah tak peduli short dari segi perkataan ke apa..aku dah xkesah..macam tajuk pada post kali nie "no more", banyak maksud yg boleh dirungkaikan dari segi "no more" tapi "no more" bagi aku kali nie..tak ada lagi blogwalking..bukan sebab lain..tolong jgn salah paham!


no more post from me after this..enough is enough..until when i don know..


Saturday, December 3, 2011

berbeza = different

kali nie punya post amat berbeza dengan yang sebelumnya disebabkan aku bukan lagi nak bercerita pasal benda yang menjurus kepada pandangan aku tetapi lebih menjurus kepada apa yang aku mahu luahkan..sama bukan dengan tajuk post kali nie "berbeza=different"

aku tak tahu mana silapnya dalam percaturan kali nie..aku hanya mahukan yang terbaik bagi diri DIA yang pasti aku sayang la (bukan en.muhammad riedhzuan punya cerita kali nie ye, maaf!) siapakah DIA? biarlah hanya mereka2 dan dirinya sahaja yang tahu..

tahulah anda wahai empunya diri yang dimaksudkan bahawasanya saya tak pernah mahu letakkan kamu sebagai orang lain dan kamu adalah sebahagian daripada orang yang penting dalam hidup saya selepas ALLAH, Nabi Muhammad, ibu bapa dan mereka2 yang lain..fahamilah bahawa saya tak pernah tak cuba untuk faham kamu..dan rasanya untuk lebih bagi faham ayat2 yang berkait nie semua..mungkin ayat yang bape kerat nie dapat membantu..

"i only pray u'll never leave me behind..bcoz i never leave u behind..thank you for appearing in my life and always there for me when i need it.."