Tuesday, November 15, 2011

perbezaan maksud antara KAWAN, SAHABAT, KENALAN dan RAKAN

Dalam kehidupan seharian manusia,perkara atau perihal yang paling dekat dengan mereka selain daripada Allah, Nabi, ibu bapa dan keluarga, tentunya adalah kawan. Namun,adakah setiap manusia memahami setia erti kata kepada kawan itu..? rasanya mungkin ya mahupun tidak. memang kita adalah bersaudara diantara sesama muslim dan perkara ini tidak boleh disangkal serta diragui lagi. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan diantara maksud sahabat, kawan, rakan dan juga kenalan yang selama ini telah mengelirukan diri sendiri sebagai seorang individu.


Sahabat
Sahabat ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri sahabatnya yang tidak mempunyai apa-apa kaitan atau pertalian darah sekalipun. Namun mereka boleh memainkan peranan sebagai seorang saudara kepada adik beradik. Sahabat yang baik juga akn memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada sahabatnya.

Sahabat mempunyai perasaan dan semangat sebagai seorang yang setiakawan, dia boleh membantu ketika susah, sedih, bimbang dan sanggup berjuang demi kebaikan sahabatnya. Sahabat juga adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.

Sahabat tidak seharusnya mempunyai minat atau pendapat yang sama dalam setiap segi atau perkara tetapi mereka perlu ada ketika sahabatnya amat memerlukan mereka. hal ini kerana, biasanya sahabat sangat dikaitkan dengan sifat yang menyayangi sahabatnya dan tidak akan meninggalkan sahabatnya jika berlaku sesuatu perkara yang dipandang remeh oleh orang lain.

Kawan
kawan? kita sememangnya mempunyai kawan dalam kehidupan dan setiap inci peribadinya yang selalunya hanya berkaitan dengan perkara yang senang seperti keluarga, hobi dan lain-lain akan kita ketahui. namun kawan sebenarnya tidak menjanjikan apa-apa kebaikan daripada segi tidak mengaibkan kawanya dan lain-lain. hal ini kerana kawan adalah orang yang berada dekat dengan diri kita apabila kita senang dan gembira tetapi ketika kita susah, kawan akan hilang daripada pandangan diri kita. maksud lain adalah, kawan hanya muncul ketika hidup seseorang kawan itu senang dan adanya manfaat daripadanya. kawan ini akan hilang atau lari daripada diri kita apabila adanya bau seperti munculnya masalah atau tidak ada kesenangan.


Rakan
rakan? kita sendiri mempunyai rakan bukan? rakan sekelas? rakan sekerja? itu adalah semuanya rakan. rakan hanyalah bertindak sebagai orang yang berada ditengah-tengah atara kawan dan kenalan. keadaan ini kerana, selalunya rakan akan dikaitkan dengan rakan yang hanya ada ketika berada di dalam kelas dan juga bekerja. jarang sekali untuk kita bertemu rakan kita di luar jam atau waktu yang bukannya masa formal kita seperti masa ketika bekerja dan juga masa ketika belajar. Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan. namun rakan tidak mempunyai kepentingan dan kepercayaan yang sama seperti sahabat.

Kenalan
kenalan? mungkin wujud dalam diri kita sebagai seorang rakan kerana dalam kehidupan seharian kita adanya rakan seperti rakan chatting atau siber yang memenuhi ruang waktu kita. kita mengenali kenalan ini melalui identiti yang telah sedia ada di profilnya dan tidak mungkin untuk kita mengethaui kejujuran dalam identiti tersebut kerana kenalan yang dikenali di dalam chatting atau siber mungkin boleh dipercayai ketika bersembang di dalam ruangan siber tettapi tidak boleh dipercayai ketika berhadapan dengannya kerana mungkin boleh berlaku apa-apa sahaja kemungkinan. pendapat atau idea atau komen daripada seorang kenalan biasanya boleh digunakan oleh diri kita sebagai seorang manusia yang mempunyai kehidupan sosial dan perkara ini adalah tidak salah.


kawan yang hanya bergelar kawan sangat mudah untuk manusia perolehi namun kawan yang bergelar sahabat sangat susah untuk diperolahi walau macam mana caranya manusia tersebut mencuba untuk mencari. keadaan ini kerana, sahabat adalah orang yang sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana sahabat boleh menjadi adik beradik dan sebagainya mengikut keperluan sahabatnya itu dan tidak pernah mencuba untuk merungut serta akan menyelesaikan semua masalah yang timbul dan bakal timbul bukannya mengelakkannya seperti seorang kawan.



3 comments:

  1. i like it so much.. so which category you will define me? ^_^

    ReplyDelete
  2. hhuhuhuhuhu..
    aja xleh nk nilai laa mne satu yg awk pny..awk sendri yg kne nilaikn..hny awk je yg tau which one are suitable with ur self my dear fren..
    i know who are you but i can't say it.. ^___^

    ReplyDelete
  3. huk3.. i know im not a good frenz to u bt i'll try my best my dwenz.. ^_^

    ReplyDelete