Saturday, November 26, 2011

makan hati

orang lain sebok makan nasi, makan ayam pe semua..makan mekdi, kfc, pizza..yg aku? sebok duduk makan hati..orang makin senang hati bila wujudnya sesuatu yang boleh menggembirakan hati, bahagiakan hati dalam hidup diaorang..dan semua tu dapat bagi diaorang semua kesenangan dalam kehidupan..tidak kiralah cara untuk bersosial dengan kawan-kawan di samping batas2 tertentu tapi aku? feel like disaster..!

orang cakap makan hati tu bahaya..iyeke? mungkin betul sebab pernah je aku tengok orang yang makan hati dari berisi sikit badannya terus kurus keding je..tapi pernah ke orang mintak untuk makan hati nie..? tak pernah pon agaknya tapi disebabkan sikap rasanya timbulnya makan hati tu dalam diri siapa2 pon termasuk aku sendiri akhir-akhir nie..

makan hati? berjaya ke orang yang dapat rasa benda nie buang semua rasa nie? aku sendiri tak tahu! mungkin dari segi kesabaran yang banyak, cuba terus terang adalah cara yang paling baik untuk luahkan apa yang diri sendiri rasa tak puas hati dan tak seronok pon untuk tengok setiap benda tu..mungkin untuk elakkan makan hati..komunikasi adalah benda penting tapi berjayakah bagi orang yang tidak cuba untuk memahami setiap apa yang disampaikan oleh orang lain untuk tidak melakukan perkara yang tak disukai dan boleh memudaratkan sesuatu hubungan tu..

makan hati? terletak pada pandangan korang sendiri macam mana nak tafsirkan maksud makan hati ini..sebab pengalaman akan memberitahu segala-galanya pada diri manusia dan juga pengalaman adalah guru yang terbaik..

2 comments:

  1. komunikasi n street 2 the oint adalah cra yg lbh better.. yg pntg jgn cpt melatah.. ok? :)

    ReplyDelete
  2. komunikasi berbekalkan sabar memang sangat penting di samping pemahaman..tapi kalau hanya sebelah pihak sahaja..? lama2 orang yang rasa makin makan hati dan boleh memudaratkan hidup kan?
    jangan cepat melatah? sememangnya memerlukan kesabaran yang paling tinggi dan perlukan penilaian dengan setiap apa yang dah terjadi, wujud selain daripada yang bakal wujud dan bakal jadi seterusnya dijadikan peringatan sampai bila2.. ^_^

    ReplyDelete