Monday, November 28, 2011

complicated..??




** hidup ada satu? memang pun! kehidupan yang rumit? sememangnya kadang2 menyesakkan hidup manusia termasuk diri aku tapi segala kerumitan yang muncul akan hilang lama kelamaan dengan hanya menggunakan kebijaksanaan, kepandaian dan dalam masa yang sama kesabaran kita dalam menempuh kehidupan dan cerita2 yang wujud dan bakal wujud..hanya kita yang tahu bagaimana untuk mewarnakan, melukis, mencorak hidup kita untuk menjadi selayaknya..bukan hanya meletakkan hidup dengan perkataan "hmm, nak buat macam mana..sampai sini sahaja la ceritanya kisahnya." kenapa perlu kita mengalah, berputus asa, dan meletakkan tanda tiada harapan? padahal kenyataannya kita boleh mewujudkan yang sebaliknya "a new step forward for clarity and changes in the future!"

**namun, segalanya bermula dengan adanya keredhaan dan keizinan daripada Allah sebagai pencipta jalan cerita dan perancang kehidupan manusia yang paling agung..hanya DIA yang tempat kita untuk bermohon bagi mengurangkan atau menghilangkan segala kerumitan yang melanda hidup kita dan bakal melanda..setiap manusia diberikan akal dan otak untuk berfikir disamping hati dan jiwa untuk menggunakan deria rasa atau perasaan mereka..daripada situlah manusia seperti aku khususnya harus memainkan peranan sebagai makhluk yang mempunyai akal dan fikiran serta perasaan untuk berfikir apa yang perlu dilakukan, dibuat dan dirancang untuk menyelesaikan segala kerumitan yang ada dan wujud..semuanya bergantung kepada tahap kehendak manusia itu sendiri sebagai orang yang menyelesaikan sesuatu masalah dan kerumitan tanpa adanya paksaan tetapi dengan cara kewarasan atau kesedaran..

0 comments:

Post a Comment