Wednesday, July 13, 2011

ada betulnya juga..!!

disebabkan sekarang nie hidup aku hanya bergelut dengan masa kebosanan dek kerana cuti, aku habiskan masa aku dengan mengadap lappy tiap2 malam..apa yg aku buat?? habiskan masa dengan bukak mukabuku dan baca blog blogger yg cukup menarik bagi aku!

hati aku sebenarnya dah mula timbul rasa bersalah dekat orang yg pernah jadi tempat aku kongsi masalah aku dan taruh kepercayaan aku dekat dia..aku rasa bersalah dengan dirinya yg pernah jadi kawan aku dan sekarang aku rasa silapnya dekat aku sebab aku yg larikan diri aku dan sekarang?? nah! ambik kau!! dia yg macam larikan diri dari aku..hurmm!! manusia memang tak akan pernah selesa dan puas hati dengan apa yg dia dah jumpa..macam aku la senang cerita!!

ok, "stop" !! sekarang aku nak cerita pasal tajuk post kali nie..

ada betulnya jugak blogger yg aku baca blognya cakap bahawa hidup perlu diteruskan walau macam mana kita jatuh sekalipun..mungkin maksudnya jatuh dalam semua aspek la..kerja, cinta, persahabatan dan mungkin jugak benda2 yg lain..

ada betulnya jugak bila si blogger nie cakap ego mesti tinggi dari kedudukan asal hati..sebabnya dengan ego la aku sendiri dapat bawak diri aku jauh dari segala hubungan yg serius..aku sebenarnya tak sedar semua nie tapi kenyataannya ego la memainkan peranan dalam hati aku..sampai jadi tabah dan cekal..

ada betulnya jugak bila kesibukan diri menjadi salah satu cara untuk elakkan diri dari terus jatuh dan jatuh..

ada betulnya jugak kepercayaan menjadi salah satu asas kepada setiap perhubungan..terutamanya perhubungan dalam persahabatan sebabnya kalau aku tak percaya dekat manusia yg bergelar sahabat bagi aku..tak akan aku ceritakan pasal diri aku..

ada betulnya jugak kebahagiaan dan kegembiraan yg hadir secara tiba-tiba akan pergi juga secara tiba-tiba..

ada betulnya jugak setiap kepercayaan itu tidak perlulah diletakkan kepada orang yg baru kite kenal..sebab bila adanya masalah, semuanya akan hilang bersama-sama kepercayaan itu..

kesemuanya ada betulnya jugak!!

banyak benda yg terjadi dalam hidup bersama dengan kewarasan cara berfikir itu adalah adanya BETUL JUGAK sebabnya kadang2 peristiwa dan tindakan yg dibuat tu dalam keadaan sedar ataupun tak..


( unconscious and conscious mind )




0 comments:

Post a Comment